Azam mendidik anak
Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."
KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.
Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.
Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.
Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.
Memahami anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.
Pemakanan sihat
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.
Aktiviti fizikal
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.
Berkomunikasi secara efektif
Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.
Sentiasa bersedia
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.
80% Umat Islam di Malaysia Tidak Solat
"“Sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menunaikan solat lima waktu dalam sehari”. Anda mungkin terkejut dengan data ini tetapi itulah hakikatnya. Dalam satu kajian yang telah dilakukan oleh tokoh motivasi terkenal di Malaysia, Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, bahawa sejumlah 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat lima waktu dalam sehari.
Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup masa kini.
Menurut Dato’ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah antara golongan yang kerap meninggalkan ibadah solat ini ialah golongan para pelajar sekolah, golongan belia, pekerja kilang, anggota pasukan seragam dan juga para peniaga (Utusan Malaysia 2008, 23 Jun).
Menurut kajian itu lagi hanya sekitar 17 hingga 20 peratus yang menunaikan solat fardu cukup lima waktu dalam sehari, sementara bagi pelajar -pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari. dan fakta ini ternyata menyamai dapatan kajian yang menunjukkan bahawa sejumlah 86.2% responden mengakui kerap meninggalkan solat dan sejumlah kecil responden yang melaksanakan solat dengan secukupnya.
Selain dari itu kadar pelaksanaan yang rendah dalam ibadah solat di kalangan responden dalam kajian ini juga mungkin dapat dikaitkan dengan tahap pengetahuan dan kemahiran responden dalam menunaikan ibadat tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan jumlah besar responden tidak menunaikan solat dalam kehidupan mereka? Persoalan ini mungkin tidak dapat diselesaikan dengan menjaga fakta-fakta atau cara melaksanakan solat. Sesungguhnya ia melibatkan banyak faktor lain termasuk motivasi pelaksanaan solat dan ibadat. Menurut al-Kumayi (2009) terdapat tiga halangan dalam melaksanakan ibadah iaitu:
* Malas (kasal) mengerjakan ibadat kepada Allah, sedang setiap insan sanggup dan berupaya melakukan ibadah.
* Lemah fikiran (futur) atau tidak memiliki tekad yang kuat kerana terpengaruh dengan kehidupan dunia.
* Bosan (malal) atau cepat berasa bosan melakukan ibadah sedangkan tujuan belum tercapai.
Sesungguhnya amalan atau perbuatan meninggalkan solat ini merupakan masalah yang serius atau cukup berat, kerana baik buruknya perlakuan seseorang itu sangat dipengaruhi oleh solatnya. Jika ibadah solatnya baik, dilakukan dengan peluh kesempurnaan yang merangkumi aspek rukun, syarat dan penuh khusyuk ia akan dapat mencegah seseorang dari perbuatan keji dan mungkar. Aspek ini menjadi jawapan kepada pelbagai masalah yang timbul dalam organisasi atau pun yang melakukan tindakan-tindakan yang bertentangan dengan syarak.
Solat adalah perkara pertama yang kan ditanya oleh Allah di Mahkamah Akhirat kelak .. kita sering mengatakan ia adalah tiang agama .. bagaimana jika solat tidak dilaksanakan .. apa akan jadi pada tiang yang menyokong amalan2 lain ini. Sedangkan solat adalah perkara yang sgt penting. Semoga kita tergolong dalam golongan hambaNya yang tidak lalai.
Ibu bapa kena terus terang dengan anak
Ibu bapa kena terus terang dengan anak
GUNAKAN bahasa yang jelas untuk bercakap dengan anak.Elak menipu jika tidak tahu jawab soalan Kebenaran Apa yang diberitahu kepada anak mestilah perkara yang benar. Ibu bapa jangan menipu anak. Jika ibu bapa tidak tahu jawapan kepada persoalan yang diajukan anak, beritahu mereka bahawa kita tidak tahu dan mengajak mereka mencari jawapannya. Jika ada perkara yang mungkin sukar bagi kita menjawab sendiri oleh sebab-sebab tertentu, minta bantuan daripada orang lain dan beritahu anak perkara sebenar.
Bercakap terus terang dan tepat Apabila kita bercakap dengan anak, kita mesti menggunakan bahasa yang senang dan cakap terus terang serta tidak berbelit-belit. Kadangkala kita terpaksa memberikan satu-satu jawapan kerana tidak ada masa memikirkannya dan terpaksa membuat satu keputusan yang Berulang-kali Anak-anak suka sesuatu yang berulang-ulang. Jika sesuatu itu dilakukan berulang-kali, maka lebih
kuatlah pembentukan rangkaian di dalam otak mereka. Namun, elakkan perkara berulang atau pengalaman negatif terhadap anak-anak.
Jangkaan Ajar anak supaya boleh membuat penentuan atau ramalan atas sesuatu yang terjadi atau apa yang bakal berlaku. Jika membuat sesuatu dengan anak berhenti sebelum anak masih minat dan seronok.
Disiplin/ Undang-undang
Anak tidak boleh dipukul, dicubit atau ditengking. Cara kita mendisiplinkan mereka mestilah diasaskan kepada: maruah yang tinggi, ilmu dan kefahamannya, wujudkan peraturan, terang dan tunjukkan cara, buat sebagai amalan dan menjadi contoh teladan
Kegembiraan Dilakukan dengan penuh kemesraan dan kegembiraan. Perasaan gembira boleh mewujudkan keselesaan diri yang menyebabkan anak sentiasa riang. Perkataan yang digunakan, lagu-lagu pantun mestilah mewujudkan perasaan gembira. Elakkan perasaan sedih, sayu, pilu merendahkan anak, menghina manusia dan perkara negatif lain. Berikan anak-anak ilmu yang banyak, menjaga diri dan membina kemampuan melakukan banyak perkara yang berguna.
Kecewa Anak perlu mengalami kekecewaan dalam hidupnya. Kehilangan barang yang disayanginya, perpisahan ibu bapa, kematian dan sebagainya adalah kekecewaan yang akan dihadapi anak-anak. Semuanya mesti dijelaskan kepada anak secara benar dan bantulah anak mengatasi kekecewaan itu.
Teladan
Teladan daripada ibu bapa dan orang lain dalam hidupnya adalah pengajaran yang paling efektif. Teladan yang baik akan meningkatkan ciri yang baik. Teladan yang buruk merosakkan amalan hidup dan kewibawaan anak.
Konsep Downshifting (merendah-rendahkan atau menurunkan semangat anak)Jangan pukul, cubit dan menghina anak. Elakkan mencari salah, membeza-bezakan anak-anak, menyebut jangan, tidak boleh tanpa sebab dan keterangan dan jangan menggunakan amaran yang
marah tanpa sebab serta keterangan kukuh. Konsep Expansion vs Replacement (Pengembangan lawan Pengambilalihan)Membina keyakinan diri, maruah dan jati diri
Sumber: Pengerusi Institut Pembangunan Keluarga dan Kanak-Kanak Nury, Datuk Dr Noor Laily Abu Bakar, Bengkel Hak Perlindungan dan Keselamatan Diri Kanak-kanak anjuran Institut
Kefahaman Islam (Ikim).
Adab Memasuki Rumah Baru
Adab Memasuki Rumah Baru
DIkirim oleh mohd masri di April 19, 2007
Adab-adab memasuki rumah baru secara khusus, tidak pula diperincikan didalam Islam. Namum demikian, terdapat amalan-amalan yang digalakkan kepada orang-orang Islam melakukannya yang dikategorikan sebagai ZIKIR kepada Allah apabila melangkah masuk kedalam rumah. Amalan-amalan ini sebagai contoh:
a. Memberi salam ketika masuk ke rumah.
فَإِذَا دَخَلْتُمْ بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَى أَنْفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِنْ عِنْدِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً
"Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik." - [Al-Nur 24:61]
Kita digalakkan memberi salam semasa masuk kedalam rumah.
b. Membaca Ayat Al-Kursi semasa didalam rumah bagi tujuan menghalau syaitan
وعن أبي هريرة أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال: سورة البقرة فيها آية سيدة آي القرآن لا تقرأ في بيت فيه شيطان إلا خرج منه: آية الكرسي وكذا
Diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah saw bersabda :'Didalam surah Al-Baqarah ada ayat yang merupakan penghulu Al-Quran, Tidak dibaca didalam rumah, kecuali akan keluar Syaitan dari [rumah]nya : Ayat Al-Kursi' - Hadith ini juga diriwayatkan dari Isnaad lain, dari Zaa'idah dari Hakim ibn Jubayr, Kemudian dia berkata, Isnaad in Sahih walaupun mereka (Al-Bukhari dan Al-Muslim) tidak meriwayatkannya.
c. Membaca beberapa do'a yang disunatkan membacanya.
Ibnu Utsaimin apabila ditanyakan mengenai do'a yang boleh dibaca ketika memasuki rumah baru, beliau mencadangkan agar :
Apabila seseorang itu memasuki rumah bagi kali yang pertama, ia harus berkata :
أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق
('Auzdhu bi kalimaat-Illaah it-taammaati min sharri ma khalaq.)
"Aku memnohon perlindungan dengan kalimah Allah yang sempurna dari kejahatan makhluknya"
Dia juga boleh berkata :
رَبِّ أَنْزِلْنِي مُنْزَلًا مُبَارَكًا
(Rabbi anzilni munzalan mubaarakan)
"Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat " al-Mu'minun 23:29]
d. Menyediakan jamuan atau Wakeerah - menjemput jiran baru
Mengenai persoalan pindah rumah baru, Dr. Abdul Fattah Ashour, Professor Ulum Al-Quran di Al-Azhar berkata :
"Berpindah ke rumah baru merupakan satu kegembiraan dan kesyukuran. Anda digalakkan oleh sunnah menyediakan makanan yang panggil 'Wakeerah' dan menjemput jiran-jiran baru agar anda berpeluang bergaul dengan kenalan baru dan akan merapatkan hubungan ukhwah dikalangan kamu. Ini juga dapat membantu anda menyerap kedalam suasana baru dengan mudah.
Anda juga digalakkan membaca do'a-do'a yang telah diajar oleh Nabi saw, yang biasa dibaca apabila masuk kedalam rumah, samada ia rumah baru atau pun tidak"[1]
——
Begitulah serba sedikit amalan-amalan yang digalakkan kita membaca semasa memasuki rumah secara umum, samada baru ataupun yang lama. Menyediakan jamuan bagi tujuan menjalinkan silatul rahim adalah digalakkan demi mewujudkan kesinambungan didalam hubungan sosial dengan masyarakat setempat. Islam amat perihatan dari segi menjaga hubungan diantara JIRAN-JIRAN. Walau apa sekalipun bentuk amalan fizikal, Umat Islam digalakkan berdo'a bagi manifestasikan kesyukuran, memohon keselamatan dan perlindungan dari Allah swt. Wallahu 'alam
-wassalam-
p/s Tambahan - untuk merasmikan rumah baru, boleh la dibacakan Surah Al-Baqarah dari mula sehingga selesai secara berseorangan atau beramai, insyaAllah terlindung dari gangguan syaitan.
Antara Aku dan Blog......
Antara aku dan blog... rasa janggal dan bodoh gila apabila aku tak tauu cam mana nak ada blog sendiri, benda ini tercetus apa bila bini aku yang sensitiv tu ada blog sendiri bersama kekawan sekolah dia dan beberapa kawan aku yg sama sekolah dengan aku pun memiliki blog sendiri, jadi tercetus ilham aku tahun ini utk mencipta blog aku sendiri, iaitu Blog jiwa kacau..., untuk meluahkan apa yg kacau dalam jiwa aku nie... hehehhehehe
Tanggal 03 February di waktu petang lepas zohor tercipta lah blog aku sendiri, yahooo........
tukang yang mewujudkan blog aku adalah adik ipar aku nama ellyza aku panggil mek kenit, nasib baik dia nak tolong aku, kalau tak memang tak ada , sbb aku dah lama tak follow benda2 nie, hehehehheheheh buat malu org kampung jaaaaa,
Kenapa aku gunakan http://www.tingkap7.blogspot.com/, sebab sekarang dah ada windows Seven, so masa aku belajar di kolej dulu member2 panggil aku tingkap sbb aku suka duduk kat tingkap dan mencipta windows sendiri(kisahnya akan datang nanti) tunggu....... sampai la kerja masih sebahagia memanggil aku Mr. Tingkap... tp sekarang dah kurang, sbb aku dah masuk Alam Baru
Jadi Sapa2 yang teringin la nak baca cerita jiwa kacau aku, layari blog aku ini, jika tak berminat lantak pi kat hampa la, pi la kelepiaq blog org lain yg hampa minat, bukan kena bayar pun.... hahahahah gelak besar sikit, apapun terima kasih kat adeq ipar kau yg sekarang ni pun jiwa tgh kacau jugak... sbb tut tut tut, terima kasih rana bantu, ringan2 lah jiwa anda utk lebih membantu.... i like tu dia cakap spoken, mana mai nie.... dah utk pengetahuan anda dan aku jugak, rupa nya ada buku yg bertajuk jiwa kacau.... nanti aku akan cerita pasal buku ni aku aku dapat la....
jumpa lagi..........
Salam ::
Pages
About Me
- smHafiz
- Want to achieve the dream as far as possible and comfortable, the basis of success at least before the age of 30 years, success is absolutely necessary before 35 years ago but I want to rest for the Hereafter and family, may you be blessed amin ...